Lelaki itu...Ya seorang lelaki !! Lelaki pertama yang aku kenal. Hensem. Itulah dia lelaki yang aku panggil abah. Sedikit tegas di usia mudanya. Begitupun, tika itu aku masih kecil..amat sukar untuk mengerti. Pernah juga aku dimarahinya, mungkin saat itu aku anak kecil yang degil, yang tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Mungkin juga..aku salah menilai..pada kaca mata seorang anak kecil..aku tidak mengerti apa yang dewasa itu fikir. Lantas, aku tidak pernah menyedari akan istimewanya kehadiran abah. Sedar-sedar, aku kini sudah dewasa. Anak gadis yang berumur 20-an.
Maka, dari situ aku mulai sedar. Dan aku kini sedang belajar di perantauan. Aku kini mula sedar akan kehilangan famili di depan mataku. Mereka begitu jauh di mata, tapi padaku.cuuuukuupppp dekat di hati. Aku mula menghargai apa itu keluarga. Mak, abah , abang long, kak ngah dan jugak adik. Aku cukup merasa kehilangan, walaupun pada hakikatknya aku tahu keberadaan aku di sini hanya 6 tahun..Belajar Medicine..in sha Allah, .Dan aku perlu sentiasa luruskan niat, kerana ilmu ini milik Allah. Aku belajar ini kerana Allah, demi ummah..Abah juga selalu pesan itu..Abah pesan untuk terus ada sabar dan istiqamah dalam menuntut ilmu. Kata abah lagi, belajar perubatan itu untuk tolong ummah..Terima kasih abah.. Doa abah, doa mama xpernah putus. Abah n mama juga selalu beri sokongan dan galakan. Dan aku di sini, bukan x pernah fail..Tapi bila fail, abah xpernah negatif, Abah cukup optimis..Abah teruskan doa, abah teruskan tahajjud abah, abah doakan kesenangan dan kebahagiaan untuk semua anak-anak abah. Kata abah lagi, aku dah cukup berusaha..walaupun kadang- kadangnya masa sangat mencemburui aku, lantas aku tak sempat nak cover semua list questions utk exam. Abah xpernah bersangka buruk kat Allah. Abah tahu, hanya Allah tempat abah minta pertolongan. Abah sangat bergantung pada Allah Yang Maha Esa.
Dari kecil, abah hidup susah. Abah tak seperti kanak-kanak lain. Abah selalu juga sakit-sakit. Masa tu, badan abah kurus je.Tapi abah bekerja untuk bantu atuk.Adik-beradik abah agak ramai. Abah xdapat nak ke sekolah, sebab time tu atuk orang susah. Bila abah dah kahwin dengan mama, abah apply kerja dekat sebuah kilang. Dari situ, abah belajar huruf ABC dan numbers..abah belajar cara kendalikan mesin..Betapa tabahnya abah..Hebatnya abah..Abah xpernah kenal erti putus asa....dan selamanyaa lelaki ini yg aku kagum..kasih..cinta..masha Allah sebauh erti pengobanan dan nilai kasih sayang dari abah cukup membumi di hati..Sebuah kasih sayang yg Allah kurniakan pada hambaNya..cukup indah..cukup bahagia...abah..ma, along, angah ..adik..moga Allah menempatkan kita bersama di syurgaNya yang tertinggi..in sha Allah..
Kukira...kisah ini akn bersambung..not yet pullstop..i just need some time..in sha Allah..