Monday, 13 February 2012

joM keMbaLi ke seK0lah..^_^


Assalamualaikum w.b.t..

Summer sem kini bermula..Begitulah kehidupan student  yang blajar di overseas, ade winter and summer semester..dan tidak ketinggalan juga untuk seorg gadis itu..Leya namanya.Leya jgk seorg medicine student yang boleh dikatakan rajin..semua omwerk yg lecturer bagi, biasanya akan  disiapkannya  dgn sempurna.Leya juga rajin mengulangkaji pelajarannya...nmun jauh di sudut hati Leya,dia sebenarnya bimbang, takut dan cemas bila memikirkan masa depannya..Leya skrg berada di tahun kedua..dia punya masa empat tahun lagi untuk menamatkan pelajaran dan mendapat title "Dr."..namun bagi Leya  belajar selama 6 tahun dalam bidang medicine is not everything..
Bagi Leya bila dah tamat belajar bukanlah bermaksud dia boleh pulang ke Malaysia dgn segulung ijazah macam tu aje..Leya sedar bhwasanya Doctor is a long journey of study..seorang doktor akan terus belajar dan belajar wlaupun di alam pekerjaan...seorang doktor perlu mempunyai wawasan yang tinggi,semangat ,azam dan keyakinan..masakan tidak,hidup seorang doktor bermain dengan nyawa orang..Disini bukanlah Leya nk maksudkan Leya ada kekuatan untuk menyembuhkan bakal patient2 nya...Leya tahu,dia ada Allah.Allah yang Maha Kuasa  menyembuhkan sakit hamba2Nya..Leya tahu dia juga seorang hamba yang lemah..Leya slalu bercita-cita nak jadikan bidang kedoktoran ini sebagai LADANG AKHIRATnya,LADANG IBADAHnya, dan ingin dia berharap pada Allah juga agr itulah MEDAN JIHAD and MEDAN DAKWAHnya...Ameen..


"Mampukah aku?",detik Leya dalam hati kecilnya..Pada masa yang sama terbayang wajah tua abah dan ibunya...serta adik-beradik yang lain..semuanya mengharapkan kejayaan anak gadis itu..Leya sedar sebagai anak ke-6 dia punyai tanggungjawab yang besar dalam familinya..Leya tahu dia memang tak mampu nak balas jasa ibu dan abahnya..

Namun Leya tanamkan azam agar dia mampu menjadi anak yang solehah,anak yang mampu mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya ,anak yang mampu menggembirakan hati kedua orang tuanya....
"Ya Allah,bantulah aku dalam mencapai harapan ibu bapaku dan harapan ummah kapadaku",doa Leya setiapkali selesai solat...

Leya tahu ibu dan abahnya sangat mengharapkan kejaayaannya..dan Leya yakin dengan izin Allah Leya mampu untuk jadi orang yang dapat menolong keluarga , saudara dan umat Islam keseluruhannya..insha Allah..dan bila terkenangkan saudara-saudaranya di Palestin ,di Gaza dan yang latest di Syria, menitis air mata jernih Leya.Leya sedih bila umat Islam di zalimi .."Ahh,mereka sangat kejam"..namun hakikatnya Leya tahu dia juga ada peranan untuk membina balik Usta'ziyatul alam..Leya nak kebajikan umat Islam ini dijaga ,dipelihara..itu janji Leya..

Leya tekad kini ..Leya akan belajar bersungguh-sungguh..Leya akan sentiasa tajdid niatnya ."Leya ,balajar kerana Allah",bisik Leya dalam hatinya tatkala dia membuka buku untuk mengulagkaji pelajaran..


“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) atas orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allah memudahkan atasnya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong hamba selama hamba tersebut senantiasa menolong saudaranya. Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalnya, maka tidak dapat dikejar dengan nasabnya.” 

Itulah sabda Junjungan besar Nabi S.A.W...yang akan Leya ingat..Insha Allah...


wallahua'alam..^_^

No comments:

Post a Comment